I made this widget at MyFlashFetish.com.

:

Wednesday, April 21, 2010

PERATURAN PUSAT AKSES

1. Sila tanggalkan kasut anda di luar dan disusun dengan kemas.
2. Dilarang masuk tanpa kebenaran dan sila pastikan Pusat Akses selamat untuk digunakan.
3. Sila pastikan Pusat Akses sentiasa bersih dan dikemas sebelum keluar.
4. Pengguna dikehendaki masuk mengikut Jadual Waktu Penggunaan Pusat Akses yang telah disediakan.
5. Semua pengguna dilarang meleyari Internet pada alamat-alamat yang tidak bermoral (lucah).
6. Pengguna dilarang bermain sebarang perminan atau ‘game’.
7. Pengguna dilarang membuat bising dan berlari-lari di dalam Pusat Akses serta dilarang mengusik sebarang wayar elektrik untuk keselamatan.
8. Pengguna dilarang membawa sebarang cakera perisian luar masuk dan sebaliknya tanpa izin penyelaras pusat akses atau guru bertugas.
9. Pengguna dilarang memasukkan (Install) sebarang program atau perisian tanpa izin penyelaras pusat akses atau guru bertugas.
10. Dilarang menukar atau mengubah ‘Setting’ yang sedia ada pada komputer berkenaan dan tidak dibenarkan menyentuh ‘skrin’ monitor.
11. Pusat Akses adalah kawasan larangan Merokok, Makan dan Minum.
12. Sila rekodkan penggunaan anda di Buku Log / Rekod Penggunaan.
13. Setiap seorang pelajar hanya dibenarkan menggunakan computer selama sejam (1 jam) secara bergilir-gilir.
14. Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada penyelaras Pusat Akses atau kepada guru bertugas.
15. Sebelum keluar atau meninggalkan Pusat Akses, sila pastikan Pusat Akses dalam keadaan selamat dan semua punca elektrik dimatikan.

Apakah itu Pusat Akses Sekolah?

Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri
mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.


Apakah matlamat Pusat Akses Sekolah?

Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:

Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid


Apakah objektif Pusat Akses Sekolah?

Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:

Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat
Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan
Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran


Bagaimanakah Pusat Akses Sekolah beroperasi?

Pusat Akses Sekolah beroperasi semasa dan selepas waktu persekolahan. Ia juga digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada pengawasan oleh pihak sekolah yang boleh menjamin keselamatan peralatan dan boleh memantau penggunaan.


Apakah aktiviti murid di Pusat Akses Sekolah?

Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:

Mencari maklumat daripada Internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan (e-Learning)
Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran
Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui emel
Berkolaborasi dengan murid lain


Siapa boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah?

Keutamaan menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah diberikan kepada murid. Warga sekolah lain termasuk pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah untuk memperoleh maklumat dari Internet


Apakah peralatan yang akan dibekalkan?

Setiap sekolah akan menerima peralatan 10 komputer dan satu pencetak untuk ditempatkan di perpustakaan atau mana-mana ruang bersesuaian. Peralatan tersebut dirangkaikan dengan rangkaian setempat.


Bilakah Pusat Akses Sekolah akan dipasang di sekolah?

Penubuhan Pusat Akses Sekolah akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2006.




Apakah agihan penubuhan Pusat Akses Sekolah?

Agihan penubuhan Pusat Akses Sekolah meliputi 70 peratus sekolah luar bandar dan 30 peratus lagi di bandar. 70 peratus daripada jumlah sekolah yang dipilih merupakan sekolah rendah manakala baki 30 peratus adalah sekolah menengah.






Apakah kriteria pemilihan sekolah untuk mewujudkan Pusat Akses Sekolah?

Pemilihan sekolah bagi mewujudkan Pusat Akses dibuat berdasarkan kriteria berikut:

Ada ruang/bilik yang sesuai
Ada bekalan elektrik 24 jam
Ada akses kepada Internet
Ada Makmal Pengkomputeran
Kemahiran ICT warga sekolah
Komitmen pihak pentadbir sekolah





Apakah bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang boleh didapati di Pusat Akses Sekolah?

Terdapat tiga (3) bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam membantu murid ke arah pembelajaran kendiri iaitu akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri. Bahan tersebut ialah:

Bahan yang dimuat turun melalui penggunaan enjin pencari maklumat Internet seperti Google, Yahoo, Altavista, dan sebagainya

Portal Pendidikan untuk mendapatkan maklumat khusus seperti portal BTP, MySchoolNet, MyTutor, Online Smart Learning, dan sebagainya

Bahan pembelajaran online seperti sumber digital dalam bentuk CD/VCD/DVD/CD audio seperti perisian kursus, perisian interaktif dan perisian berbentuk maklumat.















MEMBUDAYAKAN AMALAN MEMBACA BERSAMA KELUARGA

Panduan Membudayakan Membaca Bersama Keluarga.
1. Peruntukkan masa membaca bersama keluarga
Sesebuah keluarga perlu memperuntukkan masa yang tetap untuk membaca bersama keluarga umpamanya pada hujung minggu.
Melakukan aktiviti membaca bersama dengan bahan-bahan bacaan yang digemari.
Wujudkan ruang membaca yang selesa dan terang.

2. Jadikan sesei bercerita sebagai amalan sekeluarga.
Semua ahli keluarga perlu terlibat dalam sesi bercerita giliran yang ditetapkan. Jadikan sesi ini sebagai rutin. Sediakan hadiah sebagai pendorong.

3. Wujudkan sudut bacaan di rumah.
Kumpulkan bahan-bahan bacaan keluarga dan tempatkan di sudut yang santai dan tenang.
4. Bawa buku ke mana-mana
Amalkan membaca tanpa mengira masa dan tempat jika ada masa terluang.

5. Kunjungi perpustakaan, kedai buku dan pesta buku.
Cara ini dapat melatih diri untuk memilih bahan bacaan yang digemari dan mengikut kesesuaian.

6. Hadiahkan buku atau bahan bacaan sempena hari-hari istimewa.
Kita perlu mengubah bentuk pemberian hadiah kepada bahan berbentuk ilmiah agar budaya membaca dapat diterapkan dan dibudayakan dalam masyarakat.

7. Ibu bapa dan guru sebagai contoh kepada anak-anak dan masyarakat dalam mengamalkan budaya membaca

8. Mengadakan aktiviti-aktiviti sampingan berkaitan pembacaan.






CARTA ORGANISASI PUSAT AKSES
SMKDA
cantik tak?

Apa itu Pusat Akses?

Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala 'cyber cafe' tetapi menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka.
Selamat Datang Ke Pusat Akses SMK Dang Anum, Merlimau Melaka.